BAB 1 ; KERTAS
BAB 1
' KERTAS '
Suasana di kelas hingar-bingar dengan celotehan pelajar-pelajar di kelas 5 Arif tersebut. Tambahan pula dengan guru mata pelajaran yang tidak dapat masuk kerana mesyuarat tergempar dijalankan mengenai penemuan mayat salah seorang pelajar di blok belakang sekolah.
Pelajar-pelajar membuat hal sendiri, ada yang bersembang sesama mereka, bermain telefon pintar malah seperti biasa ada yang tidur. Tetapi berbeza bagi Elvina Nadira atau dikenali sebagai Elvina yang asyik membaca novel penyiasatan kegemarannya tanpa mempedulikan keadaan kelasnya yang seperti pasar.
" Menurut kau, siapa pembunuh yang semua orang tercari-cari? " Nina kawan rapat Elvina memecahkan suasana membaca Elvina dengan soalan yang hangat.
" Manalah aku tahu " Jawab Elvina acuh tak acuh. " Ehh, kau tahu tak aku dengar cerita. Masa Aimi jumpa mayat Shaffa dia terjumpa kertas dalam tangan dia " Nina bercerita. Elvina kelihatan tertarik dengan cerita kawannya itu. Matanya kelihatan teruja. Dia memang suka dengan kes-kes misteri sebegini.
" Kertas? Kertas apa? " Elvina bertanya.
" Entah? " Nina mengangkat bahunya.
Elvina Nadira POV
KRINGG!!
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Aku segera menuju ke kantin untuk mengisi perut bersama sahabatku Nina.
" Aku rasa pembunuh tu, mesti budak sekolah kita " ujar Nina sambil menyelit di dalam lautan pelajar untuk membeli
Ketika aku ingin menyahut kenyataan Nina, pandangan aku tertumpu pada pelajar perempuan yang bertubuh molek itu, Aimi !
Aku melihat Aimi berjalan ke kantin dengan wajah yang muram.
Aku ingin menegur Aimi tetapi di halang oleh Nina.
" Jangan, dia tengah bersedih tu, kau jangan nak mengeruhkan lgi keadaan. Lagipun kau tak nampak ker? " Nina memberitahu aku. Aku memandang ke arah Nina.
" Nampak apa? " Aku tertanya-tanya. Apa maksud Nina?
" Mata dia " Aku memandang Nina pelik. Kenapa dengan mata Aimi? Aku lihat biasa-biasa sahaja.
" Dia nampak macam takut? " Ha? Takut? Takut apa? Atau takut dengan seseorang?
" Sudahlah, tolong aku pegang ni " Nina menarik tangan aku dan menghulurkan sebungkus roti untuk aku dan lagi satu untuknya. Aku masih lagi tidak dapat melarikan mata aku kepada Aimi.
Sekejap!
Aimi seperti sedang bercakap seorang diri. " Dia cakap dengan siapa tu ? " Aku bermonolog. Apa yang sedang berlaku? Tak mungkinlah dia sudah hilang kewarasannya selepas kematian Shaffa?
" Teman aku kejap! " Aku menarik tangan Nina.
" Woi! Kau dah kenapa?! " Nina tersentak dengan tarikan kuat daripada aku.
Waktu rehat hilang begitu sahaja. Aku dan Nina hanya dapat menjamu roti yang dibeli tadi itupun cuma mampu mengalas perut, aku dan Nina sibuk mengikut Aimi tapi malangnya tiada apa pun yang pelik pada Aimi. Tpi kenapa sebentar tadi dia kelihatan takut dan bercakap seorang diri? Aku tertanya-tanya. Mungkin ada kaitan dia dengan kes Misteri Belakang Sekolah? Pembunuh yang tidak dapat ditangkap sehingga sekarang?
Mungkin dia masih terkenang akan Shaffa ? Mereka sudah berkawan sejak kecil mestilah Aimi berasa sedih sehinggakan keadaannya jadi begitu. Lebih-lebih lagi, dialah yang menjumpai mayat Shaffa, terkesan yang amat. Sekiranya aku di tempat Aimi, mungkin aku akan murung selama beberapa tahun. Aimi dikira seorang yang tabah kerana masih mampu untuk hadir ke sekolah.
Ketika aku menapak di dalam kelas, aku mendapati beg-beg milik kawan sekelasku sudah tiada. Belum sempat aku menarik kerusi untuk duduk, seorang rakan sekelasku masuk.
" Mana semua orang pergi Ariqa? " tanya aku.
" Kau tak tahu? " aku menggeleng kepala.
" Semua orang dibenarkan pulang, sekolah bimbang sekiranya berlaku apa-apa pada pelajar "
Ariqa mengemaskan barangnya dan memasukkannya ke dalam beg lalu menggalasnya.
" Aku balik dulu yer, El. Assalammualaikum " aku menyahut salam tersebut dan memberikan senyumanku kepadanya.
Lalu, aku mengemas barang-barangku serta Nina kerana dia pergi ke tandas.
Aku menggalas beg kami berdua dan menuju ke tandas.
Sesampainya aku di rumah, aku segera menuju ke bilik tidur. Seperti biasa rumah sentiasa sunyi. Ibu dengan abah sibuk menguruskan bisnesnya di luar negara. Aku sudah biasa tinggal seorang dirumah. Mereka hanya akan pulang sebulan sekali, itupun tinggal sekejap sahaja. Mujur ada Mak Cik Pah yang selalu jaga makan dan minumku. Aku sudah anggap Mak Cik Pah seperti ibu kandungku, dalam rumah ni aku hanya tinggal dengan Mak Cik Pah dengan Pak Sudin, driver abah yang baik sangat-sangat. Mereka berdualah yang selalu membuat aku tersenyum.
Setelah masuk ke dalam bilik, aku merebahkan badan ke atas tilam yang empuk tak terkira.
Ahh syurga!
Sedang aku melayan perasaan , tiba-tiba aku teringat akan Shaffa. Tidak boleh aku bayangkan betapa kejamnya pembunuh itu! Langsung tiada hati! Sampai hati! Bagaimanalah ibu dan ayah Shaffa hendak meneruskan hidup mereka setelah hilang anak tersayang? Kasihan mereka. Rayuan, ratapan ke atas tersayang.
Ahh lantaklah! Jangan dikenangkan sangat! Aku mahu tidur!
' Tolong El... Tolong...k-kau seorang saja boleh tolong aku... '
....
' Aku takut '
Aku terjaga dari tidur
" Mimpi apa ni? " aku mengelap peluh yang bercucuran dari dari. Aku tercungap-cungap.
" Kenapa? Kenapa mimpi tu terasa real? "
Aku mengucap panjang.
" Pukul berapa sekarang ni? " Aku tersedar. Aku lihat ke arah jam.
" Allah! Sudah pukul 7! " Aku menjerit. Aku masih lagi dalam pakaian sekolah malah aku tertinggal tusyen.
Alamak mati lah aku!
Aku menampar dahiku.
Aku men'qada semula solatku yang entah ke mana. Aku turun ke bawah , rumah masih lagi gelap.
" Haih , bilalah ibu dengan abah nak balik " aku mengeluh sendirian.
Aku menuju ke dapur. Nota dilekatkan di peti ais.
" Mak cik Pah pulang sekejap, ada hal. Makanan ada dalam bawah tudung salji tu " aku mencabut nota itu dan buang di dalam tong sampah berdekatan.
Aku membuka tudung salji, ermmmm! Terliur dibuatnya, makanan Mak Cik Pah buat sentiasa nampak sedap. Air tangannya mengalahkan chef 5 Bintang. Aku mencuci tanganku di sinki dan menarik kerusi meja makan tersebut.
Aku menjamu makanan tersebut setelah membaca doa makan.
Sedang aku menikmati makanan, aku terdengar loceng rumah berbunyi.
" Siapa pula datang malam-malam ni? Mak Cik Pah ke? " Aku meneka. Aku membuka pintu dan tanpa aku sedar gelas aku bawa bersama-sama terlepas daripada dalam genggamanku lalu pecah setelah aku melihat siapakah tetamu misteri yang hadir pada malam ini.
Comments
Post a Comment