MISTERI BELAKANG SEKOLAH
PROLOG
" Kamu ada perasan apa-apa perubahan pada Shaffa akhir- akhir ini? " Aimi menenangkan dirinya supaya dia dapat membantu siasatan pihak polis untuk menangkap penjenayah jahanam itu.
Bukan dakwat pen yang berwarna merah tetapi......cecair merah....
" JAGA-JAGA "
Segalanya 'kembali' bermula dari sini.
' SEGALANYA BERMULA BERMULA '
Mangsa kedua , tidak tahu sama ada ini yang terakhir. Takdir yang menentukan. Mangsa kali ini ditemukan dengan keadaan yang lebih mengerikan, menyedihkan. Teriakan ibu bapa mangsa kedengaran, teriakan pujukan meminta anaknya kembali. Sesalan yang terkubur tidak dapat dihampuskan. Sesalan pasangan suami isteri, kehilangan anak tersayang. Mangsa bernama Shaffa. Pelajar perempuan yang terkenal dari segi petah bicaranya, dikenali junior-junior sekolah, guru-guru. Malangnya hilang dalam keadaan terkeji.
Keadaan sekolah huru-hara, pelajar-pelajar diminta tinggal di kelas dan tiada sesiapa dibenarkan keluar kelas , bimbang pisang berbuah dua kali .Guru-guru yang berkenaan di minta ke tempat kejadian melalui pengumuman. Semuanya takut , takut menjadi mangsa seterusnya. Sekolah Paya Dalam yang kelihatan suram diterangi lampu-lampu merah biru. Bunyi siren polis , ambulan , huru-hara sahaja yang boleh menggambarkan kejadian 6 tahun lalu kembali meragut nyawa-nyawa manusia tidak bersalah.
Mayat yang hancur badannya , mata yang seperti dicungkil, kuku yang dicabut satu persatu , bau busuk menusuk hidung orang yang berada di situ.
" Mayat sudah mati selama 2 hari berdasarkan apa yang kita lihat. Mayat hampir reput. " kenyataan polis membuatkan teriakan ibu susu Shaffa kembali terusik.
Saksi diminta memberi keterangan, kebenaran atau penipuan terletak di dalam tangan masing-masing. Dikesan melalui mata yang tidak dapat menipu.
Gementar yang dapat dirasa. Aura ketakutan menyelebungi seluruh sekolah itu. Kes menjadi semakin serius selepas pembunuh mengambil tindakan keduanya. Kembali dengan motif yang lebih kejam, sinister. Layaknya dipancung di khalayak ramai.
" Saksi pertama, sila tampil " kedengaran suara tegas, garau memanggil dicorong pembesar suara itu. Firdaus menapak perlahan-lahan , nafas dihembus . Bukan takut dituduh membunuh, tapi khabar-khabar yang dibawa pihak polis amat tegas dan selalu menggunakan cara yang kasar untuk soal siasat.
Malangnya dia kerana berada di tempat kejadian. Malangnya dia kerana permainan truth or dare menyuruhnya masuk di belakang bangunan yang sudah lma tidak digunakan. Menyesal , kesal ikutkan telatah kawan-kawan bodohnya itu
" Sila duduk " dapat didengari suara yang garau dari sudut bilik itu. Firdaus mengambil tempat duduk yang terletak di hujung meja tersebut.
" Assalammualaikum " muncul seorang lelaki dari penjuru bilik yang gelap itu, Firdaus dapat melihat lelaki dengan lebih jelas setelah lelaki bergerak ke tempat yang lebih terang.Dia mengambil tempat dihadapan Firdaus. Kemunculan lelaki tersebut memgemuruhkan lagi Firdaus.
Firdaus takut untuk mengangkat kepala melihat lelaki tersebut ataupun polis " Apa yang anda lakukan pada jam 10:30 pagi di blok belakang sekolah? " tanya Inspektor Rasyid setelah memperkenalkan dirinya.
"S-saya hanya berjalan- jalan di situ encik " jawab takut-takut Firdaus. Inspektor Rasyid memandang
Firdaus lama. Firdaus bermain-main dengan jarinya, tidak selesa.
Disimpan rahsianya bermain truth or dare bersama kawannya.
"Kamu kenal mangsa ?" Tanya Inspektor Rasyid sekali lagi.
" Ya tuan. Dia rakan sekelas saya "
" Hubungan awak dengan si mati? "
" Hanya rakan sekelas sahaja tuan " Suasana tiba-tiba menjadi sunyi seketika. Semua yang disoal kepada Firdaus dicatat di buku kosong oleh Inspektor Rasyid.
" Baiklah, cukup setakat ini , awak boleh keluar " Sesi soal siasat antara mereka berdua berhenti di situ. Firdaus menghembus nafas lega setelah menapak keluar dari bilik itu.
" Play safe first " gumam Firdaus.
Giliran saksi kedua dipanggil. Seorang gadis berbaju sekolah lengkap, tudung yang cukup labuh untuk menutup auratnya berjalan ke arah bilik siasatan.
Pintu bilik dikuak
Pintu bilik dikuak
"Silakan duduk."
" Kamu kawan karib si mati ? " Soal Inspektor Rasyid, dalam tangannya terdapat maklumat tentang pelajar-pelajar yang disoal siasat.
" Ya, saya sahabat karib Shaffa " Aimi hampir menitiskan air mata kesedihan di situ apabila mengenangkan nasib kawannya itu. Apa salah Shaffa sehingga penjenayah itu sanggup menyeksanya dengan begitu kejam, tidak dapat dia fikirkan jeritan rayuan Shaffa meminta dirinya tidak dibunuh, meronta-ronta kesakitan.
" Kamu ada perasan apa-apa perubahan pada Shaffa akhir- akhir ini? " Aimi menenangkan dirinya supaya dia dapat membantu siasatan pihak polis untuk menangkap penjenayah jahanam itu.
" Sepertinya tidak ada. Dia seorang yang ceria dan sentiasa bersemangat , kalau ada perubahan pada dia mesti saya mudah perasan " Jujur Aimi. Inspektor Rasyid mengangguk faham.
" Kalau begitu, kamu boleh pergi. Saya akan beritahu sekiranya ada apa-apa perubahan " Aimi mengangguk dan menuju ke pintu keluar. Ketika dia hampir keluar dari bilik tersebut, dia memberhentikan langkahnya. Dia teringat akan sesuatu di dalam sakunya.
" Tuan, saya menjumpai ini di dalam genggaman Shaffa " Aimi nenghulurkan sekeping nota di dalam genggamannya. Kertas tersebut kelihatan ronyok dan tulisannya berwarna merah darah.
Bukan dakwat pen yang berwarna merah tetapi......cecair merah....
" JAGA-JAGA "
Segalanya 'kembali' bermula dari sini.
Comments
Post a Comment