BAB 1 ; KERTAS

BAB 1 ' KERTAS ' Suasana di kelas hingar-bingar dengan celotehan pelajar-pelajar di kelas 5 Arif tersebut. Tambahan pula dengan guru mata pelajaran yang tidak dapat masuk kerana mesyuarat tergempar dijalankan mengenai penemuan mayat salah seorang pelajar di blok belakang sekolah. Pelajar-pelajar membuat hal sendiri, ada yang bersembang sesama mereka, bermain telefon pintar malah seperti biasa ada yang tidur. Tetapi berbeza bagi Elvina Nadira atau dikenali sebagai Elvina yang asyik membaca novel penyiasatan kegemarannya tanpa mempedulikan keadaan kelasnya yang seperti pasar. " Menurut kau, siapa pembunuh yang semua orang tercari-cari? " Nina kawan rapat Elvina memecahkan suasana membaca Elvina dengan soalan yang hangat. " Manalah aku tahu " Jawab Elvina acuh tak acuh. " Ehh, kau tahu tak aku dengar cerita. Masa Aimi jumpa mayat Shaffa dia terjumpa kertas dalam tangan dia " Nina bercerita. Elvina ke...