Posts

Showing posts from October, 2018

MISTERI BELAKANG SEKOLAH

PROLOG  ' SEGALANYA BERMULA BERMULA '   Mangsa   kedua   , tidak tahu sama ada ini yang terakhir. Takdir yang menentukan. Mangsa kali ini ditemukan dengan keadaan yang lebih mengerikan, menyedihkan. Teriakan ibu bapa mangsa kedengaran, teriakan pujukan meminta anaknya kembali. Sesalan yang terkubur tidak dapat dihampuskan. Sesalan pasangan suami isteri, kehilangan anak tersayang. Mangsa bernama Shaffa. Pelajar perempuan yang terkenal dari segi petah bicaranya, dikenali junior-junior sekolah, guru-guru. Malangnya hilang dalam keadaan terkeji. Keadaan sekolah huru-hara, pelajar-pelajar diminta tinggal di kelas dan tiada sesiapa dibenarkan keluar kelas , bimbang pisang berbuah dua kali .Guru-guru yang berkenaan di minta ke tempat kejadian melalui pengumuman. Semuanya takut , takut menjadi mangsa seterusnya. Sekolah Paya Dalam yang kelihatan suram diterangi lampu-lampu merah biru. Bunyi siren polis , ambulan , huru-hara sahaja yang boleh menggambarkan kejadia...